Mengenai Pengasas Dlynd Gold

Berasal dari Kelantan, Datin Aslinda Hj Awang merupakan Ahli Lembaga Pengarah di ATSB Oil Sdn.Bhd. Berpendidikan dalam Juruteknologi Makmal Perubatan dan beliau mempunyai pengalaman selama 16 tahun sebagai seorang Juruteknologi Makmal Perubatan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Berbekalkan pengalaman ini dan beserta dengan pengalaman selama 7 tahun dalam bidang perundingan jualan serta pemasaran perawatan kulit dan kesihatan, Datin Aslinda telah menubuhkan syarikat Dlynd pada tahun 2014.

Misi Dan Visi

Dlynd berhasrat untuk memperkenalkan manfaat penggunaan minyak sacha inchi melalui jenama Dlynd Gold kepada rakyat Malaysia dan juga luar negara. Dengan penggunaan produk kami, kami ingin menjadikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan sihat, cantik dan kuat dari segi fizikal dan mental supaya Malaysia mampu melangkah ke satu tahap yang lebih maju dan produktif di masa akan datang. Kami mempunyai visi di mana produk keluaran kami iaitu Dlynd Gold, yang berasaskan gabungan bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi, diharap akan menembusi pasaran antarabangsa disebabkan oleh manfaatnya, dan bukan sekadar produk kecantikan yang berasaskan gimik promosi. Dlynd juga bakal menjadi sebuah syarikat yang membantu rakyat Malaysia yang berminat dalam perniagaan dan ingin menceburi bidang kesihatan dan perawatan kulit.

Pada 27 Oktober 2014, Syarikat Dlynd berjaya ditubuhkan dengan tujuan untuk membina jenama produk keluaran Dlynd Gold yang berasaskan bahan-bahan semulajadi diseluruh dunia. Nama ‘Dlynd’ adalah gabungan nama Dato’ Naswadi (yang juga merupakan suami pengasas) dan Datin Aslinda. Perniagaan utama syarikat ini adalah untuk membekalkan produk kecantikan dan kesihatan. Pada dasarnya, produk Dlynd Gold bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan seseorang.