Jenis Sacha Inchi

Sacha inchi boleh didapati dalam bentuk kacang panggang kering, minyak, serbuk dan kapsul. Ia juga boleh dimakan secara mentah (pastikan ianya bersih terlebih dahulu) bergantung kepada keadaan. Kebanyakan orang gemar memakan kacang panggang sacha inchi yang dicampur dengan sedikit garam dan minyak zaitun, ataupun digaulkan dengan salad segar.

Cara Pengambilan

Minyak sacha inchi pula boleh digunakan secara dalaman atau luaran. Ia boleh disapukan pada kulit dan rambut bagi menaikkan seri atau digunakan sebagai dressing’ bagi salad, adunan roti, dan pengasam bagi daging atau ikan. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif bagi minyak zaitun. Serbuk sacha inchi pula boleh dicampurkan dengan air, sup atau jus buah-buahan atau sayuran. Bagi sacha inchi dalam bentuk kapsul, ia boleh diambil sebagai suplemen kesihatan.