
KANDUNGAN NUTRISI
Komponen utama sacha inchi terdiri daripada asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9. Kesemuanya amat berkesan dalam menguatkan kesihatan mental dan fizikal. Dengan pengambilan sacha inchi secara teratur, anda dapat:



Mengawal kolestrol
Kandungan asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9 yang ada membantu dalam merendahkan tahap kolestrol LDL (yang membahayakan kesihatan) dan meningkatkan kolestrol HDL (baik bagi kesihatan).
Mengawal berat badan
Kandungan serotonin yang tinggi membantu pengawalan selera makan dan mengelakkan seseorang daripada mengidam secara keterlaluan, terlebih makan, atau mengambil snek.
Mengekalkan kesihatan jantung
Pengambilan sacha inchi melancarkan perjalanan darah serta menurunkan tekanan darah, tahap kolestrol, dan keradangan di seluruh badan.
Mengekalkan kesihatan otak
Otak kita kebanyakannya terdiri daripada lemak, oleh itu kita memerlukan lemak yang sihat bagi membantu sel-sel tersebut melawan keradangan otak, yang boleh menyebabkan keletihan, tekanan perasaan, masalah memori, dan reaksi berlebihan terhadap rasa sakit.

Meningkatkan kekuatan tulang
Kandungan omega-3 membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang seperti osteoporosis.
Mengurangkan sakit sendi
Kandungan nutrisi yang ada turut membantu dalam mengurangkan sakit sendi dan rheumatoid arthritis. Bagi menambahkan lagi manfaat, anda boleh mencampurkan minyak sacha inchi dengan halia.
Mengelak diabetes
Omega-3 yang ada turut mengawal tahap glukosa, sekaligus boleh mengelakkan diabetes.
Melancarkan kesihatan mata
Vitamin E, A dan omega yang ada melancarkan pandangan dan mengekalkan kesihatan mata.
Mengekalkan kesihatan mental
Kandungan tryptophan yang ada dalam sacha inchi, iaitu sel pendahulu bagi serotonin (sejenis hormon dan neurotransmitter yang menolong kita dalam mengawal tekanan perasaan dan memberikan rasa tenang) membantu dalam mengekalkan kesihatan mental. Omega-3 yang ada juga mengurangkan keradangan otak, yang boleh menyebabkan sakit kepala, pertukaran mood, dan banyak lagi.

Mencantikkan kulit dan rambut
Untuk mendapatkan kulit yang bersih dan berseri, kita memerlukan asid lemak omega-3. Ia membantu dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan rambut, mengekalkan ketegangan kulit, membekalkan hidrasi kepada kulit dan rambut, melindungi kulit dan rambut daripada sinar matahari, dan memperbaiki kerosakan kulit dan rambut yang ada.
Terdapat pelbagai lagi manfaat sacha inchi yang lain, namun manfaat-manfaat yang disenaraikan di atas merupakan manfaat asas ‘super food’ tersebut. Secara keseluruhannya, sacha inchi meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti seseorang.