POLISI PEMULANGAN

Bolehkah saya menukar alamat penghantaran selepas membuat pembelian?
Kami tidak dapat menukar alamat untuk pesanan yang sudah diproses. Pastikan alamat yang
diisi adalah tepat sebelum membuat sebarang pembayaran.

Apakah polisi pemulangan yang ditetapkan?
Jika anda menerima produk yang rosak/pecah, anda boleh mengembalikan produk kepada
alamat HQ dalam 5 HARI selepas penerimaan untuk proses penggantian produk.

Berapa hari untuk saya mendapat penggantian produk jika saya menerima barang yang
rosak?
Jika barang rosak telah dipulangkan dan sampai ke alamat HQ, proses penggantian produk
akan dilakukan dalam masa sekurang-kurangnya 3 HARI bekerja.

Saya tersalah beli produk, bolehkah saya menukar setelah membuat pembelian?
Setiap pembelian yang telah berjaya tidak boleh diubah suai.

Bolehkah saya membatalkan pembelian saya?
Setiap pembelian yang telah berjaya tidak boleh dibatalkan.

Adakah anda menerima pembayaran balik/ refund?
Kami tidak menerima sebarang jenis pembayaran balik, jika barang yang diterima didapati
rosak/pecah, kami akan membuat penggantian barang mengikut prosedur yang ditetapkan.

Jika saya mempunyai sebarang masalah, dimanakah saya boleh menghubungi Dlynd
Gold?
Anda boleh menghubungi kami melalui alamat email HQ di dlynd_gold@yahoo.com atau
hubungi kami di +6011-11447978