BACK TO NATURE











 

100% Natural

Sacha Inchi ialah benih kepada sejenis tumbuhan bernama Plukenetia volubilis yang terdapat di hutan hujan Amerika Selatan serta tanah tinggi Peru. Dianggap sebagai salah satu ‘superfood’ paling berkhasiat di dunia, Sacha Inchi amat bermanfaat bagi kesihatan dalaman serta kecantikan seseorang.  

Memberi perlindungan kepada kulit wajah daripada tanda penuaan akibat sinaran UV, produk ini sesuai bagi mereka yang memiliki kulit normal, berminyak, dan berjerawat. Mengandungi bahan-bahan semulajadi yang berkhasiat untuk kulit, ia amat berkesan dalam menghapuskan sel-sel kulit mati agar wajah kelihatan sihat dan bersih.

Minyak sacha inchi pula boleh digunakan secara dalaman atau luaran. Ia boleh disapukan pada kulit dan rambut bagi menaikkan seri atau digunakan sebagai ‘dressing’ bagi salad, adunan roti, dan pengasam bagi daging atau ikan. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif bagi minyak zaitun. Serbuk sacha inchi pula boleh dicampurkan dengan air, sup atau jus buah-buahan atau sayuran. Bagi sacha inchi dalam bentuk kapsul, ia boleh diambil sebagai suplemen kesihatan.