Wanita Tua Yang Muda

Kisah Menarik Pengasas Dlynd Gold Dengan Seorang Wanita Tua Yang “Muda”

Siapa sangka pertemuan dengan seorang nenek tua boleh mencetuskan satu idea yang dapat memanfaatkan orang lain? Pada beberapa tahun yang lalu, pengasas Dlynd Gold iaitu Datin Aslinda telah bertemu dengan seorang wanita berusia yang disangka beliau berumur dalam lingkungan 60-an. Setelah bersuai kenal, wanita tua itu sebenarnya telahpun berusia dalam lingkungan 90-an!
Terdetik di fikiran Datin Aslinda untuk menanyakan amalan dan rahsia wanita awet muda tersebut. Nenek tersebut tidak lokek dalam berkongsi rahsia dan ilmu kecantikan tradisionalnya, dan telah menunjukkan beberapa helai daun yang dipanggil kacang emas kepada Datin Aslinda. Nenek itu memberitahu Datin Aslinda yang daun tersebut merupakan amalan dalam pemakanan sehariannya. Datin Aslinda masih tertanya-tanya akan nama sebenar daun tersebut, dan setelah menyiasat dengan lebih lanjut dengan bantuan rakan-rakannya dan maklumat yang diperoleh, daun misteri itu merupakan daun sacha inchi.