POLISI PRIVASI

Dengan menggunakan laman web dan perkhidmatan kami (Dlynd Gold), anda bersetuju
dengan Dasar & Polisi Privasi yang digunakan (“Polisi Privasi”). Anda juga menerima Dasar
Privasi jika anda membuat akaun, log masuk sebagai tetamu, atau log masuk ke laman web
kami. Ulasan atau komentari tentang produk yang anda tinggalkan di laman web juga mungkin
akan digunakan pihak kami untuk tujuan pemasaran. Dlynd Gold boleh membuat perubahan
pada Laman Web dan Polisi Privasi dan menjadikannya berkuat kuasa serta-merta selepas
menyiarkan dalam Laman Web tanpa notis terlebih dahulu. Jika anda tidak bersetuju dengan
Polisi Privasi, anda tidak seharusnya menggunakan laman web kami.

Privasi anda adalah penting kepada anda dan kami. Kami akan melindungi maklumat dan data
yang anda kongsikan dengan kami. Untuk melindungi privasi anda, Dlynd Gold mengikut prinsip
perlindungan privasi pelanggan dan perlindungan data yang diamalkan kesemua peniaga atas
talian.

  • Kami tidak akan menjual atau memberikan nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel atau
    sebarang maklumat anda yang lain kepada sesiapa sahaja.
  • Kami akan menggunakan langkah keselamatan terkini untuk melindungi maklumat anda
    daripada pengguna yang tidak dibenarkan.