SACHA INCHI 'THE SUPER FOOD'

Sejarah Sacha Inchi 

Sejak kebelakangan ini, sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai dan ia berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘super food’ di dunia bermula dari tahun 2016. Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi, yang bermaksud ‘kacang Inca’, sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Bukti masyarakat Inca menggunakan sacha inchi boleh dilihat pada pelbagai seramik dan makam masyarakat Inca.

Berdasarkan kepada catatan sejarah, para pahlawan Inca menggunakan minyak yang dihasilkan daripada benih sacha inchi disebabkan oleh manfaatnya yang pelbagai, serta nutrisinya yang kaya. Bagaimana rahsia masyarakat Inca – salah satu peradaban kuno paling berkuasa di dunia – yang tersimpan rapi di hutan Amazon mereka berjaya menembusi pasaran global pada zaman ini?

Dengan serangan makanan segera serta makanan ringan yang tidak mempunyai sebarang manfaat, sehingga menyebabkan ramai orang mendapat penyakit berat seperti kanser pada usia muda, masyarakat moden pada hari ini semakin sedar akan betapa pentingnya untuk kembali kepada sumber pemakanan semulajadi, seperti yang dipraktikkan oleh masyarakat zaman silam. Pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa ‘super food’ merupakan solusi terbaik bagi mengatasi masalah kesihatan yang kerap dijumpai pada masyarakat moden.

Kandungan nutrisinya lebih tinggi daripada minyak kelapa dara tambahan, dengan struktur minyak yang lebih lembut serta daya serapan yang lebih cepat. Kaya dengan iodin dan amino asid, Sacha Inchi juga mengandungi tahap vitamin A dan E (Alfa-Tokoferol) yang tinggi; menjadikannya antioksidan yang luar biasa dan sangat baik bagi anti-penuaan. Sacha Inchi turut mengandungi Omega 3 (54%), Omega 6 (33.4%), dan Omega 9 (7.2%) yang dapat membekalkan protein.

Sacha Inchi telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru.

Jenis & Cara Pengambilannya

Sacha inchi boleh didapati dalam bentuk kacang panggang kering, minyak, serbuk dan kapsul. Ia juga boleh dimakan secara mentah (pastikan ianya bersih terlebih dahulu) bergantung kepada keadaan. Kebanyakan orang gemar memakan kacang panggang sacha inchi yang dicampur dengan sedikit garam dan minyak zaitun, ataupun digaulkan dengan salad segar.

Minyak sacha inchi pula boleh digunakan secara dalaman atau luaran. Ia boleh disapukan pada kulit dan rambut bagi menaikkan seri atau digunakan sebagai ‘dressing’ bagi salad, adunan roti, dan pengasam bagi daging atau ikan. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif bagi minyak zaitun. Serbuk sacha inchi pula boleh dicampurkan dengan air, sup atau jus buah-buahan atau sayuran. Bagi sacha inchi dalam bentuk kapsul, ia boleh diambil sebagai suplemen kesihatan.